Rekod dan statistik kelab A.S._Roma

Francesco Totti memegang rekod kemunculan terbanyak selain penjaring gol terbanyak sepanjang zaman untuk kelab Roma.

Francesco Totti memegang rekod kemunculan rasmi terbanyak Roma dengan melakukan 610 penampilan (sehingga Mei 2011) dalam semua kejohanan iaitu selama 19 musim dari tahun 1992 sehingga kini.[70] Beliau juga antara pemegang rekod kemunculan terbanyak di Serie A iaitu 474 penampilan dan beliau melepasi rekod Giacomo Losi pada 1 Mac 2008 ketika menentang Parma.[71]

Termasuk semua kejohanan, Totti ialah penjaring terbanyak sepanjang zaman Roma dengan 262 gol sejak menyertai kelab. 207 daripadanya gol yang dijaringkan oleh beliau di Serie A (rekod lain buat Roma).[72] Roberto Pruzzo yang menjadi penjaring terbanyak sejak 1988 menduduki tempat kedua apabila menjaringkan 136 gol dalam semua kejohanan. Dalam musim 1930-31, Rodolfo Volk menjaringkan 29 gol di Serie A dalam satu musim dan bukan sahaja beliau menjadi penjaring terbanyak pada musim itu namun beliau mencatat rekod untuk gol terbanyak dalam satu musim dan tidak dapat ditandingi sehingga sekarang.[73]

Perlawanan pertama Roma yang dicatat ialah pada perlawanan Serie A ketika musim 1927–28 menentang Livorno; Roma menang 2–0.[74] Kemenangan terbesar pernah direkodkan Roma ialah kemenangan 9-0 ke atas Cremonese ketika musim 1929–30.[75] Kekalahan terburuk pernah dihadapi Roma ialah 7-1 yang berlaku sebanyak tiga kali. Kekalahan 7-1 perlawanan ketika menentang Juventus ketika musim 1931–32, kemudian menentang Torino pada musim 1947–48 dan yang terkini kecundang di tangan Manchester United pada 2006–07.[76]

Rujukan

WikiPedia: A.S._Roma http://www.123football.com/clubs/italy/roma/index.... http://m.bleacherreport.com/articles/1730264-why-r... http://www.bloomberg.com/research/stocks/private/s... http://investing.businessweek.com/businessweek/res... http://www.deloitte.com/assets/Dcom-UnitedKingdom/... http://www.europeancuphistory.com/euro84.html http://www.fifa.com/live-scores/clubs/club=italy-a... http://www.footballderbies.com/index.php?country=2 http://www.footballinitaly.com/roma.html http://soccernet.espn.go.com/news/story?id=680854&...